Monday, October 25, 2010

*abaikan*

Ini tulisan untuk kepuasan diri.  Sila abaikan.  Thanks!


Pernah kan kita rasa down dan rasa mcm lemah jerk.  Semua serba tak kena.  Hati nie tak sedap jerk.  Tapi, kalo betul-betul ada perkara yang mengganggu fikiran, kita akan  bertambah serabut dan emosional.  Terus-terang saya bukan dalam keadaan yang aman damai beberapa hari ni.  Mungkin banyak benda yang berlaku dan di fikiran membuatkan hati ini tidak tenteram.  Semuanya serba tak kena.  Hati ini menjadi semakin sayu n lemah.  Kadang-kadang kita jadi begini sebab tiada tempat untuk meluahkan.  Dengan harapan saya habis menaip ni, hati beransur tenang dan aman kembali seperti dahulu.  Punca jadi begini?  Tidak perlu lah di luahkan.  Biarlah menjadi rahsia di hati sendiri.  Saya pun dah biasa menelan semua benda sendiri kebelakangan ini.  Semakin umur meningkat, kita memang semakin dewasa.  Yang pasti, saya dah semakin penat dan sudah letih.  Susah jadi org yang kena memuaskan hati banyak pihak.  Hati sendiri diabaikan dan ditolak kebelakang.  Agaknya memang itu menunjukkan saya sudah dewasa dan tahap kesabaran saya sudah makin meningkat berbanding di zaman muda saya dahulu (eh macam dah tua sangat :D ).  Cuma yang saya tidak pasti, sampai mana saya harus bersabar......... Semoga Allah memberikan saya ketenangan agar lebih sabar dan tabah...

Tuesday, October 19, 2010

quick update.....

Hi semua. Lama rasanya tak update blog. Sangat tidak berkesempatan. Nak tulis what happened since this is like my personal place to write nowadays. Bukan mcm dulu lagi. Sekarang niat berblogging diteruskan sebab untuk simpanan dan catatan masa depan. Cheewahh. Ayat kemain.

Sebenarnyer memikirkan byk benda yang berlaku especially about my wedding preparation (yang tak mula-mula lagi nie hahahhaa) and my personal life yang rasa mcm nak simpan dan kemudian hari nak di baca untuk kenangan. :)

So, next post, kene tulis apa jadik pada 10/10/10 . Bukan hanya sebab tarikh tu cantik, tetapi memacam berlaku. Ke atas diri ini yang perlu direkodkan untuk dikenang.

so, to be continue... (hope taklah mengambil masa yang lama). :)


farra ena







Saturday, October 9, 2010

wedding videographer

Sebenarnya saya ada jemputan pada hari ini.  Atas perkara-perkara yang tidak dapat di elakkan, i choose to stay home.  Tapi, bukan rumah sendiri pun.  Duduk dkt umah Wan (my bro).  

Motif duduk umah Wan adalah satu.  Nak tgk semua video org kawen yang ada online.  Kat opis, internet block for all type of video clip, movie bagai.  Nak tgk dkt rumah pakai berokband celcom tu?.  Kirim salam saja lah.  Sampai tahun depan belum tentu dapat tgk.

So, sekarang tgh tgk2 hasil videographer2 nie.  Jangan sebutlah yang top2 tu seperti CST, Manggis, Shutterspeaks.  Memang digemari.  Tapi, poket saya dan Asyaz, tak berapa gemar lah kan.  Hehehhee.  Out of our budget.  So, kita carik yang sedang-sedang saja lah yerk.  Ukur baju di badan sendiri.  Jadik sedarlah diri sendiri. :)

Let me list out senarai videographer yang saya tgh tgk skang nie :

  1. Wira Visuals 
  2. Dinawedding
  3. Mymoments videography
  4. Crome Art Production
  5. Beehunt Studio
  6. LH Media
  7. Horahorey
Anyway, ada lagi ke videographer yang rasa2 mcm tak mahal sgt n santek n saya terlepas pandang?.  Do let me know k. Thanks a lot.  Doakan pencarian hujung minggu saya berjaya.  :)

Thursday, October 7, 2010

Revamp from "ayusolo" to "fezarena"

Assalamualaikum...

Url berbeza, tapi orangnya tetap sama.  Mungkin dulu pakai nama "ayusolo".  Sekarang nak tukar kepada "fezarena".  Reason? hermmmm.  Masa berubah kot.  Cheewah.  Ayat kemain kan.  Perubahan dalam hidup berlaku, sebab tu kot rasa nya tak byk mana, sikit kena lah ubah kot.  Siapa yang dah biasa panggil ayusolo, still boleh panggil nama sama.  Tiada masalah. :D

Latest update, Alhamdulillah, I dah selamat bertunang on 10th July 2010.  Last time masa zaman "ayusolo", beliau dikenali dgn nama "Panda".  Skang zaman "fezarena" nak tukar jugak.  From "panda" to "asyaz". 

Blog nie function dier masih sama.  Tempat I cerita apa i nak cerita.  Masa takder blog sekian lama nie, rasa mcm byk bende yang dipendam kan.  Maybe dah tiba masa nak share sikit demi sikit.  Tapi, tak plak nak tukar terus jd blog citer pasal kahwin2 jerk.  Hehehee...

Doa-doalah I rajin update dan share story dgn semua orang yerk. Ada masa nanti I sambung balik yerk. :D


- share sekeping gmbr masa bertunang hari tu :) -

nuffnang

stat

blogpatrol