Ini tulisan untuk kepuasan diri. Sila abaikan. Thanks!
Pernah kan kita rasa down dan rasa mcm lemah jerk. Semua serba tak kena. Hati nie tak sedap jerk. Tapi, kalo betul-betul ada perkara yang mengganggu fikiran, kita akan bertambah serabut dan emosional. Terus-terang saya bukan dalam keadaan yang aman damai beberapa hari ni. Mungkin banyak benda yang berlaku dan di fikiran membuatkan hati ini tidak tenteram. Semuanya serba tak kena. Hati ini menjadi semakin sayu n lemah. Kadang-kadang kita jadi begini sebab tiada tempat untuk meluahkan. Dengan harapan saya habis menaip ni, hati beransur tenang dan aman kembali seperti dahulu. Punca jadi begini? Tidak perlu lah di luahkan. Biarlah menjadi rahsia di hati sendiri. Saya pun dah biasa menelan semua benda sendiri kebelakangan ini. Semakin umur meningkat, kita memang semakin dewasa. Yang pasti, saya dah semakin penat dan sudah letih. Susah jadi org yang kena memuaskan hati banyak pihak. Hati sendiri diabaikan dan ditolak kebelakang. Agaknya memang itu menunjukkan saya sudah dewasa dan tahap kesabaran saya sudah makin meningkat berbanding di zaman muda saya dahulu (eh macam dah tua sangat :D ). Cuma yang saya tidak pasti, sampai mana saya harus bersabar......... Semoga Allah memberikan saya ketenangan agar lebih sabar dan tabah...
No comments:
Post a Comment